"kucium bunga itu berkali kali
dan dalam keharumannya
aku terkenangkan dirimu..."



mitos budaya: a study
2003-10-02

[[[Entry in Malay]]]

Ada orang kata Perempuan Melayu Terakhir (1998) arahan Erma Fatima terlalu diada-adakan lenggok ceritanya, terlalu �pretentious� dan �ambitious�. Aku rasa ada benarnya kritikan ini, tapi aku suka filem ini. Aku rasa koreografinya hebat, �soundtrack�nya bagus, lakonannya ok. Filem ini berjaya menggambarkan mitos budaya (cultural myths) masyarakat Melayu.

Mustika Kita diperkenalkan kepada Mustika (Vanida Imran), perempuan Melayu yang �educated�, yang kononnya cinta dengan adat budaya Melayu. Kita nampak dia menari tarian Melayu, berkata-kata dalam Bahasa Melayu yang aduh-sungguh-puitis, yang hanya memakai kebaya dan kurung lengkap dengan selendang. Maka kita pun faham simboliknya, Mustika = Perempuan Melayu.

Perempuan Melayu ini kemudian diuji kemelayuannya dengan kehadiran Haikal (Eizlan Yusuf), watak �seducer�, penggoda. Ya, Haikal secara literal cuba menggoda Mustika, tapi dia juga simbolik unsur-unsur �corrupt� Orang Barat.
Haikal = Melayu Murtad/Barua Barat, yang tujuh tahun di rantau sudah lupa solat Jumaat, sudah jelek dengan sastera Melayu. Kalau Mustika tunduk pada Haikal, kiranya dia tunduk pada Barat.
Hei, ini tak boleh jadi!

Engku Leh (Azri Iskandar) sebagai tunang Mustika pun watak yang agak membingungkan. Dia simbol �patriarchy� Melayu yang telah �rosak�, �dysfunctional� kerana terlampau Islamnya.
Lelaki Melayu hilang kepatuhan dan hormat yang diberi oleh Perempuan Melayu bila dia lebihkan agama dari budaya.

Haikal dan Mustika. Cinta berahi? Penonton tertanya-tanya. Did they (Haikal dan Mustika) have sex or not? Adegan berahi Haikal dan Mustika sangat �suggestive� (aku rasa penggunaan �shower head� yang tiba-tiba melepaskan semburan air itu agak lucah � terlalu literal mesejnya). Berkali-kali kita dengar Engku Leh menuduh Haikal �merosakkan� Mustika. Kita pun terfikir.
Mustika dara kah tidak?


�Pada malam terakhir keperempuanan Melayuku.� Kata-kata ini diungkap oleh protagonis teater arahan Haikal di atas katil pengantin, agaknya pada malam pertama perkahwinan.
Apa yang cuba disampaikan oleh pengarahnya (Haikal/Erma) ialah wanita Melayu, bila hilang daranya, tidak lagi layak digelar Melayu.

Hebat tu. Jadi ibu-ibu kepada anak-anak Melayu, semuanya serta-merta hilang budayanya setelah ditiduri suami-suami mereka yang Melayu?
Itu kalau kita ambil ayat ayat Erma secara �face value�. Kalau kita korek lebih dalam, apa yang cuba disampaikan ialah kedaraan adalah aset terpenting wanita Melayu. Tanpa dara, tanpa �kesucian�, seorang perempuan Melayu itu tidak ada �value�.

Filem ini berakhir dengan tunduknya Mustika pada �patriarchy� Melayu.
Dia rela jadi korban, walaupun kita nampak dia sudah kemaruk dengan cintanya untuk Haikal. Kalau ini filem Hollywood, sudah pasti Hero (Haikal) akan dapat Heroine (Mustika). Tapi ini filem Melayu.

blood on the sheets - virginity confirmed!Engku Leh telah kembali ke takhta Lelaki Melayu; ia sudah �sedar� daripada genggaman exstrim agamanya, dan kini seorang lelaki yang lengkap Melayunya, maka ia patut kembali dihormati dan jadi Tuan kepada Perempuan Melayu. Maka dikahwinkanlah Mustika dengan Engku Leh. Kemudian kita dapat tahu yang Mustika masih dara; Haikal@Barat tak berjaya! Melayu menang!


Apa kita dapat disini?

1. Perempuan Melayu tidak boleh tunduk pada �patriarchy� Barat.
2. Perempuan Melayu wajib ikut perintah �patriarchy� Melayu supaya ia tetap Melayu.
3. Lelaki Melayu yang mahu terus jadi "Tuan" perlu �moderate� � Melayunya seseorang itu lebih penting dari agamanya.

Haa. Adakah anda ternganga?


previous - next



home

archives

NEW!

hosted by DiaryLand.com




The GMBL [?]
[random go!] Add me!

Idaman is a young Malaysian on the lookout for an education in Los Angeles, California. She strives to write but is constantly sidetracked by clubs, books, plays, food and occasionally, her school work. She appreciates feedback from her readers and accepts praise, brickbats and party invites at [email protected]


�2003 Design and Content
by idaman